Friday 25 February 2011

PERANAN DAN FUNGSI MASJID MAQBUL TELOK KUMBAR





TAJUK:PERANAN  DAN  FUNGSI MASJID MAQBUL TELOK KUMBAR


Disediakan untuk:Ustaz Abd Aziz bin Harjin
                              Pensyarah CTU 101

Disediakan oleh:Widad Shaima’ binti Talha
                         No Matrik:2010479194
                         Kumpulan:BMD2Ac

Program:
Diploma Pengajian Perniagaan




ISI KANDUNGAN


1.      Isi kandungan
2.      Abstrak
3.      Pendahuluan
4.      Sejarah penubuhan
5.      Aktiviti yang dijalankan 
Penutup








ABSTRAK

Peranan dan fungsi institusi masjid yang suatu ketika dahulu memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat telah berubah kepada hanya sebagai tempat beribadat dan upacara-upacara keagamaan sahaja. Peranan dan fungsi yang pemah dijalankan oleh institusi masjid ketika zaman keagungan Islam terutamanya ketika zaman Rasulullah s.a.w. adalah sebagai landasan di dalam mengkaji keadaan masjid di masa tersebut serta perbandingannya dengan fungsi dan peranan masjid masa kini. Peranan para perancang bandar di dalam mengembalikan era kegemilangan institusi masjid adalah sebagai satu cabaran yang harus dipikul bersama agar masalah-masalah sosial di dalam masyarakat dapat di bendung. Dengan menjadikan agama Islam Ad-Din sebagai pegangan yang mutlak di dalam kehidupan matlamat utama negara dengan izin Allah s.w.t akan tercapai. Akhir sekali adalah diharapkan agar tugasan ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan di dalam merancang dasar-dasar perancangan dan pembangunan masjid agar perkembangan dan kemajuan yang akan dicapai tidak tersimpang dari hukum-hukum yang telah syariatkan oleh Allah s.w.t.kepada umat manusia.



PENDAHULUAN

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam.Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Pemilihan tajuk “Peranan dan Fungsi Masjid Maqbul Telok Kumbar” adalah kerana kedudukan masjid ini terletak berdekatan dengan kediaman yang saya diami.Sebelum itu,masjid ialah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf,bagi umat Islam.Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan,muamalat,dan perkembangan dakwah Islamiah serta pusat aktiviti umat Islam.Dari segi bahasa, masjid bermaksud tempat sujud..Alhamdulillah masjid Maqbul ini selama ini begitu aktif dalam menjadi pusat  ibadah, pusat ilmu dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.Seperti yang sedia maklum,masjid adalah tempat menyembah Allah atau pun dikenali sebagai rumah Allah.Masjid juga merupakan suatu tempat yang Allah muliakan.Masjid juga sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islamyang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid,tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid terletak.
Seperti dalam firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 17 dan 18 yang bermaksud ; "Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan fungsi masjid adalah dengan memakmurkannya dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam.






SEJARAH   PENUBUHAN


Masjid Qaryah Telok Kumbar dikenali sebagai Masjid Maqbul terletak di Kampung Masjid Telok Kumbar masih kekal dengan bangunan lama hingga ke hari ini.Masjid ini telah dibina dalam sekitar tahun 1960-an.Kedudukan masjid ini hanya 1.5 dari Pekan Telok Kumbar,dahulunya bangunan masjid ini banyak kekurangan dari segi kemudahan tetapi pertambahan jemaah dari masa ke semasa.Kemudahan di masjid ini mula dipertingkatkan.Sehingga kini kemudahan masjid ini semakin rancak di perbaharui seperti rancangan
pembinaan bangunan baru yang serba lengkap. Menurut Pengerusi Qaryah Teluk Kumbar, Dato' Prof. Muhammad Idiris Hj. Saleh bangunan baru masjid akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan kuliah, bilik mesyuarat, bilik pentadbiran serta kemudahan homestay. Keluasan tapak masjid keseluruhan seluas kira-kira 4 ekar telah pun selesai dan anggaran kos pembinaan bangunan utama dan lain-lain infrastruktur dianggarkan berjumlah RM9 juta.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Qaryah mengalu-alukan sokongan semua pihak terutama ahli-ahli korporat dan ahli-ahli qaryah untuk menginfakkan semampu dan seikhlas yang mungkin bagi tujuan pembinaan bangunan masjid. Masjid in juga memegang visi dan misi berikut:

Moto:
Kegemilangan ummah tanggungjawab ummah.

Visi:
Masjid Maqbul sebagai pusat ummah berjaya.

Misi:
  • Masid Maqbul sebagai penjana generasi bertaqwa,penyebar ilmu dan pemberi perkhidmatan fardu kifayah dan fardhu ain bermula dari pendidikan agama hingga kepada keperluan ilmu agama terkini melalui sekolah agama dan infranstruktur masjid yang serba lengkap.
  • Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan ekonomi melalui ruang niaga terbuka dan tertutup untuk aktiviti pengumpulan sumber keluaran tempatan dan luaran untuk aktiviti pengeluaran dan jualan.
  • Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan untuk urusan kelahiran,perkahwinan dan kematian dengan infranstruktur yang lengkap.
  • Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan kesihatan dan riadah dan sukan melalui  ruang tertutup dan terbuka yang memadai.

Masjid Maqbul juga mempunyai jawatankuasa organisasi masjid yang telah dilantik dan setiap ahli jawantankuasa ini mempunyai tangungjawab masing-masing.


Imam
: Tuan Hj Saaid bin Sahat

: Tuan Hj Osman bin Mat

: Ustaz Hj Mohamed bin Md Zain

: Tuan Hj Zakaria bin Salleh

Bilal
: Tuan Hj Jamaluddin bin Hj Arshad

: Tuan Hj Hussin bin Ahmad

: Tuan Hj Hussain bin Othman

: Tuan Hj Othman bin Hj Arshad
Siak
: Tuan Hj Yusoff bin Yunus

: Encik Ismail bin Abdullah

: Encik Shahimi bin Din





AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
Di Malaysia,kebanyakan masjid akan merencana dan mengadakan program dan aktiviti yang baik buat pengisian penduduk.Masjid Maqbul juga tidak terkecuali dalam merancang dan mengadakan aktiviti yang bermanfaat buat jemaah dan penduduk sekitar.Masjid ini akan memastikan jadual tahunan,mingguan dan harian masjid ini penuh dengan pengisian dan aktiviti yang menarik.
Antara aktiviti tahunan masjid ini adalah:-
Jawatankuasa Qaryah Teluk Kumbar dengan kerjasama Pemuda dan Wanita Qaryah telah membuat ketetapan bahawa setiap tahun akan diadakan acara-acara seperti berikut:
  1. Pertandingan Nasyid
  2. Musabaqah dan Hafazan
  3. Forum Penghayatan Islam
  4. Sambutan Maulidur Rasul
  5. Penghayatan Bulan Ramadan

Setiap aktiviti diatas diadakan adalah untuk memupuk budaya cintakan Islam dengan menarik perhatian semua golongan tidak kira muda ataupun tua.Program yang diadakan ini juga dapat membantu dalam menyebarkan dakwah dengan lebih baik.
Peranan masjid juga adalah menjadi tempat menyampaikan ilmu dan pendidikan dalam mendidik anak-anak dan keluarga dalam mengukuhkan ilmu.Justeru itu selain aktiviti tahunan yang direncanakan,Masjid Maqbul juga tidak lupa mengadakan aktiviti mingguan buat pengisian masyarakat.
Antara aktiviti pengisian yang dijalankan adalah seperti berikut :-






Kelas Al-Quran



Kelas ini diadakan setiap hari jumaat.dan dikendalikan oleh Ustaz Haji Ishak Ariffin.Kelas ini telah dibuka kepada kanak-kanak dan remaja yang ingin mempelajari Al-quran.Setakat kelas Al-Quran ini mendapat sambutan dan terdapat 50 orang pelajar keseluruhannya.Kelas ini diadakan dua sesi.Iaitu sesi pertama untuk kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun dan sesi kedua untuk remaja yang berumur 13 hingga 15 tahun.
Kelas ini terbuka dan diberi keutamaan kepada kanak-kanak dan remaja sahaja adalah kerana mereka ini merupakan golongan yang sangat memerlukan penumpuan yang lebih dalam mempelajari Al-Quran.Mereka ini sememangnya wajib diberi pendidikan agama terutama mempelajari bagaimana membaca Al-Quran.Jika mereka ini tidak diberi pendidikan tentang Al-Quran,mereka tidak dapat mengenali dengan baik tentang panduan hidup asas Islam yang  telah Allah terangkan di dalam Al-Quran.Tambahan lagi pada masa kini ibubapa sibuk bekerja dan dengan adanya kelas seperti ini boleh meringankan beban mereka dalam mengajar anak-anak mengenai Al-Quran.Sememangnya kelas Al-Quran ini wajib dilakukan dan diberi penumpuan kepada kanak-kanak dan remaja.






Kelas Tafsir




Kelas tafsir ini disertakan bersama kelas Al-Quran.Kelas ini dibukakan kepada golongan anak muda dan dewasa untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang tafsir Al-Quran disamping dapat mempertingkatkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik.Kelas ini juga dikendalikan oleh Ustaz Ahmah bin Fahmi dengan jumlah pelajar hampir 25 orang keseluruhannya dan diadakan setiap hari sabtu.
Tujuan ini kelas ini diadakan adalah kerana kepentingan memahami Al-Quran itu sangat penting.Memahami Al-Quran itu juga merupakan salah satu kewajipan yang harus dilakukan sebagai umat Islam.Manfaat memahami Al-Quran itu dapat membantu masyarakat dalam memahami tentang kekuasaan Allah dengan lebih baik disamping meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Al-Quran.Di  dalam Al-Quran Allah telah menyediakan pelbagai ilmu serta pelbagai jawapan kepada semua persoalan tentang kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain.Maka sememangnya harus bagi pihak masjid dalam mengadakan kelas ini buat pengisian masyarakat.






Kelas Hadith



Hadith merupakan apa-apa sahaja yang melibatkan tingkah laku,perbuatan,percakapan mahupun diam Rasulullah saw.Rasulullah saw merupakan pesuruh Allah.Apa sahaja yang datang dari Rasulullah adalah sunnah dan wajib diikuti oleh umat Islam.Rasulullah saw telah berpesan supaya berpegang kepada Al-Quran serta Hadith baginda sebagai panduan hidup.
Kelas ini diadakan setiap hari Isnin dan dikendalikan oleh dua tenaga pengajar itu Ustaz Haniff bin Haji Ghazali serta Ustaz Elias bin Zakaria.Kedua tenaga pengajar yang pakar dalam ilmu tafsir ini telah dipilih untuk mengendalikan 20 pelajar  dalam mempelajari ilmu hadith dengan lebih baik






Kelas Tasauf dan Usuludin





Ilmu tasauf meliputi konsep ilmu, tauhid sebagai paksi kehidupan, ibadah dalam Islam, akhlak dalam Islam, wanita dalam islam, etika kerja dalam Islam, pembangunan dalam Islam, kesenian dalam Islam, komunikasi dalam islam dan dakwah Islamiyyah dan sebagainya. Usuluddin pula menerangkan dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat Allah Azza Wa Jalla.
Kepentingan besar ilmu tasauf dan usuluddin ini membuatkan Masjid Maqbul terpanggil untuk turut mengadakan kelas tasauf dan usuluddin buat masyarakat.Kelas ini telah disertai oleh 20 orang pelajar dan dikendalikan oleh  Ustaz Hassan bin Abd Latif.Beliau akan mengajar  para pelajar kelas ini setiap hari selasa dan khamis.





Aktiviti-aktiviti lain


Masjid Maqbul juga tidak lupa mengadakan kuliah maghrib dan subuh setiap hari.Kuliah ini akan dikendalikan oleh penceramah yang berbeza serta topik yang berbeza bagi menarik perhatian para jemaah dalam pengisian ilmu agama.
Tambahan lagi,akitivti masjid bersama masyarakat juga diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan masjid serta kawasan perkuburan dan memasak bubur lambuk  pada bulan Ramadan juga sering diadakan.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah mendekatkan hubungan dengan Allah disamping merapatkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat tidak kira peringkat umur.


majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan.








PENUTUP


Kesimpulan di sini, masjid berperanan bukan sahaja sebagai pusat ibadat tetapi masjid sebenarnya memainkan pelbagai fungsi yang besar dalam Islam.Kepelbagaian fungsi masjid adalah bagi memeriahkan dan menyerikan suasana masjid.Ini dapat membantu dalam menarik perhatian umat Islam dalam mengimarahkan masjid ataupun rumah Allah.Tidak dinafikan banyak cabaran yang perlu dilalui dan usaha yang diperlukan dalam mengimarahkan masjid.Oleh itu kerjasama banyak pihak dalam membantu menyumbangkan idea dalam meningkatkan peranan masjid dan usaha yang berterusan adalah diperlukan.


RUJUKAN






Sumber dari Internet
  • http://agbaling.tripod.com/peranan.html/

Majalah
  • Asuh
  • Solusi

Artikel
  • Peranan Masjid dan Surau
  • Kepentingan Masjid dan Surau